Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Keuntungan ditentukan sebagai tinggi yang tidak munasabah jika—
(a)
peratusan tokok bagi apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan pada mana-mana tarikh dalam tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu melebihi peratusan tokok bagi barangan itu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau perkhidmatan itu yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan pada hari pertama tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu itu, sebagaimana yang dikira mengikut formula yang dinyatakan dalam peraturan 4; atau
(b)
peratusan margin bagi apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan pada mana-mana tarikh dalam tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu melebihi peratusan margin bagi barangan itu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau perkhidmatan itu yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan pada hari pertama tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu itu, sebagaimana yang dikira mengikut formula yang dinyatakan dalam peraturan 5.
5
Formula untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah berdasarkan peratusan tokok bagi barangan atau perkhidmatan