Skip to content

Seksyen 3

Tafsiran

of Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah bagi Barangan) 2016

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6
Seksyen 3
(1)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini—

“barangan isi rumah” ertinya barangan isi rumah tidak tahan lama dan produk penjagaan diri, tidak termasuk produk kosmetik, yang dibeli atau digunakan bagi maksud diri, keluarga atau isi rumah;

“harga jualan” ertinya harga apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual tidak termasuk semua cukai, duti dan caj Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri;

3

“harga jualan murah” ertinya harga barangan yang ditunjukkan mengikut apa-apa cara sebagai kurang daripada harga yang barangan itu, atau barangan yang sama perihalan atau sama kelas itu, dijual atau ditawarkan untuk dijual sebelum itu;

“harga pengenalan” ertinya harga pengenalan bagi apa-apa barangan baharu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual;

“makanan dan minuman” ertinya tiap-tiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk ke dalam atau digunakan dalam kandungan, penyediaan, pengawetan, apa-apa makanan atau minuman dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, konfeksi atau benda kunyahan itu;

“sama kelas” ertinya kefungsian am atau kelas bagi apa-apa barangan adalah sama sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual barangan itu;

“sama perihalan” ertinya jenis, kuantiti atau kualiti bagi setiap unit apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual adalah sama;

“tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu” ertinya tahun kewangan atau tahun kalendar yang dalamnya penentuan keuntungan tinggi yang tidak munasabah berdasarkan peratusan tokok atau peratusan margin bagi apa-apa barangan tertentu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual dibuat.

(2)

Apa-apa ungkapan atau petunjuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan apa jua cara pun yang digunakan atau diberikan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan, yang menunjukkan atau berkemungkinan difahami sebagai menunjukkan bahawa harga yang barangan itu dijual atau ditawarkan untuk dijual adalah kurang daripada harga yang barangan itu, atau barangan yang sama perihalan atau sama kelas itu, dijual atau ditawarkan untuk dijual sebelum itu hendaklah dikira sebagai suatu petunjuk bahawa orang yang menggunakan ungkapan

4

itu atau memberikan petunjuk itu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan itu dengan harga jualan murah.

(3)

Ungkapan yang disebut dalam subperaturan (2) termasuk ungkapan

“jualan”, “diskaun”, “pengurangan”, “belian terbaik”, “harga terbaik”, “caj terbaik”,

“harga istimewa”, “caj istimewa”, “harga runtuh”, “harga lebih murah setiap hari” atau

“tawaran separuh harga”.

Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah