Skip to content

Seksyen 2

Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah

of Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah bagi tempoh dari 2 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015 dan 1 April 2015 hingga 30 Jun 2016 adalah bahawa tidak boleh ada kenaikan dalam margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.

(2)

Tiada kenaikan dalam margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1)—

(a)

dalam tempoh dari 2 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015 jika formula dalam perenggan 2 Bahagian II Jadual dipenuhi; dan

(b)

dalam tempoh dari 1 April 2015 hingga 30 Jun 2016 jika formula dalam perenggan 3 atau 4 Bahagian III Jadual dipenuhi.

3