Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PERNIAGAAN YANG DITETAPKAN) (PINDAAN) 2020
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Kawalan
Harga dan
Antipencatutan
(Perniagaan yang Ditetapkan) 2017 [P.U. (A) 388/2017] dipinda dalam Jadual dengan memasukkan selepas butiran 2 butiran yang berikut:
“3.
Perniagaan tempat letak kenderaan, iaitu suatu perniagaan yang menyediakan ruang, kawasan atau tapak khas, lot atau petak, termasuk di pinggir jalan atau di dalam bangunan, sebagai tempat untuk meletak kenderaan motor, dan termasuklah tempat letak kenderaan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.