Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2012

Seksyen 22

(1)

Walau apa pun subperaturan 11(1), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, mengisytiharkan mana-mana bangunan atau premis, atau bahagian bangunan atau premis itu, atau sesuatu tempat atau bahagian tempat itu, yang orang awam mempunyai akses sebagai kawasan atau tempat yang dilarang merokok.

(2)

Tiada seorang pun boleh merokok di dalam mana-mana bangunan, premis atau tempat yang disytiharkan oleh Menteri di bawah subperaturan (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.”.

Pindaan Jadual Ketiga

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2012