Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2013
Seksyen 12
Peraturan 16A Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
P.U. (A) 176 7
“(2)
(a)
larangan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada penggunaan apa-apa istilah, perkataan atau perihalan seperti “light”, “ultra light”,
“mild”, “cool”, “extra”, “low tar”, “special”, “full flavour”, “premium”,
“rich”, “famous”, “slim”, “gred A” atau apa-apa istilah, perkataan, atau perihalan atau perkataan lain yang sama erti dengannya yang secara langsung atau tidak langsung mewujudkan tanggapan yang salah atau palsu bahawa sesuatu hasil tembakau itu adalah kurang berbahaya daripada suatu hasil tembakau yang lain; dan
(b)
larangan juga termasuk apa-apa istilah, perkataan, perihalan, tuntutan, representasi atau grafik yang menyatakan penggredan, kualiti atau keunggulan hasil tembakau itu atau yang menarik atau yang tiada kaitan dengan ciri-ciri fizikal hasil tembakau itu atau apa-apa perkataan yang mempunyai maksud bagi tujuan mempromosikan penjualan atau pelupusan suatu hasil tembakau secara langsung atau tidak langsung.”.
Pindaan peraturan 21A