Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 5
of Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2013
peraturan yang berikut:
“Larangan penjualan hasil tembakau melalui promosi 5A. (1) Tiada seorang pun boleh―
(a)
mempromosikan penjualan apa-apa hasil tembakau secara langsung atau tidak langsung; atau
P.U. (A) 176 3
(b)
menggunakan mana-mana orang sama ada melalui apa-apa kontrak, perjanjian, persefahaman atau persetujuan, sama ada terikat di sisi undang-undang atau selainnya, mempromosikan jualan apa-apa hasil tembakau secara langsung atau tidak langsung.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.