Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2013

Seksyen 9

Subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda―

(a)

dalam perenggan (b), (h) dan (q), dengan menggantikan perkataan “di dalam mana-mana” dengan perkataan “dalam mana-mana kawasan”;

(b)

dalam perenggan (i), dengan memasukkan selepas perkataan “atau persendirian” perkataan “atau di mana-mana tempat awam”;

(c)

dalam perenggan (j), (k), (o), (p), (r), (s) dan (t) dengan memotong perkataan “di dalam suatu”;

(d)

dalam perenggan (n), dengan memotong perkataan “dalam” di mana-mana jua terdapat di dalam perenggan itu; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1), subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 176 5

“(1A) Bagi maksud subperaturan (1)―

(a)

mana-mana kawasan sesuatu premis adalah merujuk kepada keseluruhan kawasan premis itu, termasuk mana-mana kawasan di dalam bangunan dan kawasan sekitar bangunan itu yang berada di dalam lingkungan sempadan pagar atau tanah lot premis itu;

(b)

mana-mana kawasan dalam suatu bangunan adalah merujuk kepada mana-mana kawasan di dalam bangunan itu dan termasuklah kawasan kaki lima bangunan di dalam sempadan kawasan litupan bumbung kekal kawasan bangunan itu, dan juga termasuklah kawasan yang dilitupi oleh apa-apa bumbung kekal tambahan yang bersambungan dengan bangunan utama itu; dan

(c)

mulai 1 Januari 2014, mana-mana kawasan dalam suatu bangunan adalah merujuk kepada mana-mana kawasan di dalam bangunan itu dan termasuklah kawasan kaki lima dan di dalam lingkungan jarak tiga meter daripada garisan bangunan itu, dan termasuklah kawasan litupan apa-apa bumbung kekal tambahan yang bersambungan dengan bangunan utama itu.”.

Pindaan peraturan 15

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2013