Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2014
Seksyen 2
Pindaan peraturan 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 324/2004], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memasukkan selepas takrif “kaunter perkhidmatan” takrif yang berikut:
‘ “kawasan rehat dan rawat” ertinya tempat rehat dan kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya,
Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi yang dinamakan ‘kawasan rehat dan rawat’, ‘R&R’ atau ‘hentian sebelah’;’.