Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2015
Seksyen 3
Pindaan peraturan 8A
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Tiap-tiap pengilang atau pengimport hasil tembakau hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada
Pengarah mengenai harga jualan runcit apa-apa hasil tembakau dan permohonan itu hendaklah juga dibuat pada tiap-tiap kali berlakunya perubahan kepada harga jualan runcit apa-apa hasil tembakau.”;
(b)
dengan memotong subperaturan (2);
2
(c)
dengan menggantikan subperaturan (2A) dengan subperaturan yang berikut:
“(2A) Walau apa pun subperaturan (1), tiap-tiap pengilang atau pengimport hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pengarah mengenai harga jualan runcit yang disebut dalam subperaturan (1) dalam masa tujuh hari dari tarikh berlakunya pengenaan atau perubahan kepada cukai eksais atau apa-apa cukai lain ke atas suatu hasil tembakau dan permohonan itu hendaklah juga dibuat pada tiap-tiap kali berlakunya pengenaan atau perubahan kepada cukai eksais atau apa-apa cukai lain.”;
(d)
dalam subperaturan (2B)―
(i)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan
“products” dengan perkataan "product”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “cukai jualan” dengan perkataan
“apa-apa cukai lain”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perkataan “terdekat” perkataan
“tertakluk kepada kelulusan Pengarah terlebih dahulu”;
(e)
dengan memotong subperaturan (2C);
(f)
dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “subperaturan
(1)
atau (2)” dengan perkataan “subperaturan (1) atau (2A)”;
(g)
dalam subperaturan (5A), dengan menggantikan perkataan “Tiada”
dengan perkataan “Tertakluk kepada subperaturan 8C(2), tiada”;
3
(h)
dengan memasukkan selepas subperaturan (5A) subperaturan yang berikut:
“(5B) Tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau tanpa mempamerkan label harga jualan runcit yang diluluskan oleh Pengarah dengan jelas pada setiap paket rokok dan karton.”; dan
(i)
dalam subperaturan (6), dengan menggantikan perkataan “pengilang atau pengimport” dengan perkataan “orang”.
Pemotongan peraturan 8B