Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2015
Seksyen 5
Pindaan peraturan 8C
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa rokok di bawah harga minimum:
(a)
sembilan ringgit (RM9.00) bagi setiap paket rokok dua puluh batang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2015
hingga 31 Julai 2016; dan
(b)
sepuluh ringgit (RM10.00) bagi setiap paket rokok dua puluh batang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2016.”;
4
(b)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Bagi maksud subperaturan (1)―
(a)
mana-mana paket rokok dua puluh batang dengan harga jualan runcit diluluskan kurang daripada harga minimum yang dinyatakan dalam subperaturan (1), hendaklah dijual dengan harga minimum jualan runcit itu; dan
(b)
mana-mana paket rokok dua puluh batang dengan harga jualan runcit diluluskan sama dengan atau lebih daripada harga minimum yang dinyatakan dalam subperaturan (1), hendaklah dijual dengan harga jualan runcit yang diluluskan itu.”; dan
(c)
dengan memotong subperaturan (3).
Pemotongan peraturan 8D dan 8E