Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2017
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 324/2004], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “lapangan terbang” takrif yang berikut:
‘ “menara cerapan” ertinya suatu struktur termasuk bumbun yang dibina bagi tujuan memerhati flora dan fauna dalam suatu kawasan taman negara atau taman negeri;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “rokok” takrif yang berikut:
‘ “taman awam” ertinya suatu kawasan lapang bagi tujuan beriadah dan berekreasi yang mengandungi landskap lembut atau kejur, atau kedua-duanya, seperti laluan pejalan kaki, padang permainan, gelanggang permainan dan taman permainan;
3
“taman negara” ertinya suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negara di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226],
Enakmen Taman Negara (Kelantan) [En. 14 Tahun 1938], Enakmen
Taman Negara (Pahang) 1939 [En. 2 Tahun 1938] atau Enakmen Taman
Negara (Terengganu) [En. 6 Tahun 1358];
“taman negeri” ertinya suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negeri, tanah rizab atau hutan simpan kekal di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan
Peraturan-Peraturan ini;
“tapak perkhemahan” ertinya suatu tapak khas yang digunakan bagi mendirikan khemah bagi aktiviti perkhemahan termasuk apa-apa bangunan dalam tapak berkenaan;’; dan
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “tempat makan berhawa dingin”
takrif yang berikut:
‘ “titian kanopi” ertinya suatu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menghubungkan pokok termasuklah tempat rehat;’.
Pindaan peraturan 11