Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2018
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 324/2004], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “tempat makan berhawa dingin” dengan takrif yang berikut:
‘ “tempat makan” ertinya mana-mana premis, sama ada di dalam atau di luar sesuatu bangunan, di mana makanan disediakan, dihidang atau dijual dan termasuklah —
(a)
mana-mana bilik atau kawasan di dalam sesuatu kapal atau kereta api di mana makanan disediakan, dihidang atau dijual;
(b)
mana-mana kawasan di dalam sesuatu kenderaan di mana makanan disediakan, dihidang atau dijual, dan mana-mana kawasan sekitar dalam lingkungan jarak tiga meter dari kenderaan itu; dan
(c)
mana-mana kawasan dalam lingkungan jarak tiga meter dari mana-mana meja atau kerusi yang diletakkan bagi tujuan untuk menyediakan, menghidangkan atau menjual makanan;’.
3
Pindaan peraturan 11