Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Pindaan peraturan 2

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 324/2004], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “harga jualan runcit” takrif yang berikut:

‘ “cerut” ertinya suatu gulung tembakau yang dibungkus dalam daun tembakau atau dalam bahan yang mengandungi tembakau;’;

(b)

dalam takrif “karton”—

(i)

dengan menggantikan perkataan “segi empat tepat” dengan perkataan “kuboid”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “rokok” dengan perkataan

“hasil tembakau”;

(c)

dengan menggantikan takrif “paket” dengan takrif yang berikut:

‘ “paket” ertinya suatu pek yang berbentuk kuboid bagi rokok, atau suatu pek yang berbentuk silinder, kuboid atau bungkusan bagi hasil tembakau selain rokok, mengikut mana-mana yang berkenaan;’; dan

P.U. (A) 325 3

(d)

dalam takrif “rokok”, dengan menggantikan perkataan “yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih, dan yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk merokok” dengan perkataan “yang digulung dalam apa-apa pembalut, dan yang digunakan untuk merokok”.

Pindaan peraturan 8A

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2020