Malaysia legislation

Section 8F

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2020

Seksyen 8F

(1)

Tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa cerut di bawah harga minimum dua belas ringgit bagi setiap paket.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1)—

(a)

apa-apa cerut dengan harga jualan runcit yang telah diluluskan kurang daripada harga minimum yang dinyatakan dalam

P.U. (A) 325 4

subperaturan (1), hendaklah dijual dengan harga minimum jualan runcit itu; dan

(b)

apa-apa cerut dengan harga jualan runcit yang telah diluluskan sama dengan atau lebih daripada harga minimum yang dinyatakan dalam subperaturan (1), hendaklah dijual dengan harga jualan runcit yang diluluskan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Dibuat 13 November 2020

[KKM.PUU(R)(PU2)/TC/4; PN(PU2)418/XXVIII]

DATO’ SRI DR ADHAM BIN BABA

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 325 5

FOOD ACT 1983

CONTROL OF TOBACCO PRODUCT REGULATIONS (AMENDMENT) 2020

Section 8F — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2020