Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) (NO. 2) 2015
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 324/2004], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “merokok ” dengan takrif yang berikut:
‘ “merokok” ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap apa-apa hasil tembakau dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa hasil tembakau yang bernyala, dipanaskan atau diwapkan; ’.