Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“cerut” ertinya suatu gulung tembakau yang dibungkus dalam daun tembakau;

“institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain sama ada swasta atau awam yang dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah sesuatu tadika;

“institusi pendidikan tinggi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];

“jalan” ertinya mana-mana jalan awam atau persendirian, dan termasuklah mana-mana lebuh, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, atau lebuh raya, sama ada tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu;

3

“kedai khas” ertinya mana-mana tempat atau premis perniagaan tetap yang dilesenkan oleh pihak berkuasa hanya untuk menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;”

“produk yang dipanaskan” ertinya apa-apa produk yang mengandungi tembakau atau tidak, sama ada digulung atau dibalut dalam kertas atau bahan lain yang digunakan untuk merokok melalui proses pemanasan;

“rokok” ertinya apa-apa produk yang mengandungi tembakau atau tidak, sama ada digulung atau dibalut dalam kertas atau bahan lain yang digunakan untuk merokok melalui proses pembakaran.

Larangan penjualan produk merokok secara dalam talian, dsb.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024