Seksyen 6
of Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024
P.U. (A)In forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
(1)
Seseorang peruncit atau mana-mana orang tidak boleh mempamerkan, menyebabkan atau membenarkan dipamerkan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau kecuali di kedai khas.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dipamerkan dalam kedai khas tidak boleh dilihat dengan mudah dari luar kedai itu.