Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN) 2024

Seksyen 3

Tanda pengenalan

(1)

Mana-mana pengilang atau pengimport produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah membungkus dan melabel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau mengikut

Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Tiap-tiap produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah ditandakan dengan suatu tanda pengenalan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Tanda pengenalan yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah diletakkan secara jelas dan mudah dilihat pada setiap produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan tidak boleh menghalang penglihatan apa-apa amaran kesihatan dan maklumat kesihatan yang dicetak pada produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

(4)

Walau apa pun subperaturan (2), tanda pengenalan tidak perlu diletakkan pada produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau—

(a)

semasa pindah kapal muatan penuh kontena;

(b)

semasa transit di Malaysia bagi tujuan hanya untuk dibawa ke negara lain; atau

(c)

bagi tujuan eksport ke negara lain.

P.U. (A) 261 5

Rokok