Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN) 2024

Seksyen 4

(1)

Mana-mana pengilang atau pengimport rokok hendaklah memenuhi semua kehendak bagi—

(a)

pembungkusan setiap paket atau karton rokok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama;

(b)

pelabelan amaran kesihatan dengan mana-mana set teks dan imej bagi setiap paket atau karton rokok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama; dan

(c)

pelabelan maklumat kesihatan, larangan jualan dan butir-butir lain bagi setiap paket atau karton rokok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Pertama.

(2)

Suatu jenama yang dicetak atas permukaan setiap paket atau karton rokok tidak boleh menghalang amaran kesihatan yang disebut dalam perenggan 4(1)(b).

(3)

Bagi maksud perenggan 4(1)(c), suatu alamat telegraf atau suatu alamat di pejabat pos tidak boleh digunakan sebagai suatu alamat pengilang atau pengimport.

Tembakau lerai dan tembakau tanpa asap

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN) 2024