Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENDAFTARAN PRODUK TEMBAKAU, BAHAN MEROKOK DAN PRODUK PENGGANTI TEMBAKAU) 2024

Seksyen 2

(1)

Permohonan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau di bawah seksyen 4 Akta hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—

(a)

pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 4;

(b)

laporan analisis makmal yang dijalankan oleh makmal yang diluluskan terhadap produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(c)

ringkasan laporan analisis makmal yang dirujuk dalam perenggan (b) dalam borang sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual;

P.U. (A) 262 3

(d)

cara gaya produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu; dan

(e)

apa-apa dokumen lain yang dikehendaki Ketua Pengarah untuk mengesahkan identiti pemohon dan mengenal pasti tujuan pendaftaran.

(3)

Semasa mempertimbangkan permohonan yang disebut dalam subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon itu untuk mengemukakan sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang hendak didaftarkan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Permohonan hendaklah dianggap telah ditarik balik jika pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1), (2) dan (3).

(5)

Ketua Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan bagi pendaftaran—

(a)

meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, secara bertulis dan mengeluarkan dokumen pendaftaran kepada pemohon;

atau

(b)

menolak permohonan itu secara bertulis.

Permohonan berasingan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENDAFTARAN PRODUK TEMBAKAU, BAHAN MEROKOK DAN PRODUK PENGGANTI TEMBAKAU) 2024