Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENDAFTARAN PRODUK TEMBAKAU, BAHAN MEROKOK DAN PRODUK PENGGANTI TEMBAKAU) 2024

Seksyen 5

Pemberitahuan oleh pengimport atau pengilang berikutnya selepas pendaftaran

(1)

Mana-mana orang yang berniat untuk mengimport atau mengilang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang telah didaftarkan oleh orang lain hendaklah, sebelum mengimport atau mengilang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu, memberitahu Ketua Pengarah mengenai niatnya untuk mengimport atau mengilang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tersebut dalam bentuk yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Setelah menerima pemberitahuan di bawah subperaturan

(1)

,

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang yang memberi pemberitahuan dan orang yang di bawahnya produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu didaftarkan untuk mengemukakan maklumat dan dokumen yang difikirkan perlu oleh

Ketua Pengarah untuk menentukan kebenaran pemberitahuan itu.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati dengan kebenaran pemberitahuan itu,

Ketua Pengarah boleh menyebabkan maklumat orang yang memberi pemberitahuan dan tujuan pemberitahuan untuk direkodkan dalam daftar produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan memaklumkan orang itu mengenai rekod tersebut secara bertulis.

Pemberitahuan perubahan dalam butir-butir perhubungan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENDAFTARAN PRODUK TEMBAKAU, BAHAN MEROKOK DAN PRODUK PENGGANTI TEMBAKAU) 2024