Skip to content

Seksyen 6

Pemberitahuan perubahan dalam butir-butir perhubungan

of Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pendaftaran Produk Tembakau, Bahan Merokok dan Produk Pengganti Tembakau) 2024

P.U. (A)In forceProvision 6 of 7
Seksyen 6

(1)

Mana-mana orang yang pendaftarannya diluluskan hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa perubahan dalam nama, alamat atau butir-butir perhubungan lain orang itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.

(2)

Setelah menerima pemberitahuan di bawah subperaturan

(1)

,

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu untuk mengemukakan maklumat lanjut

P.U. (A) 262 5

yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah untuk memastikan ketepatan maklumat yang disimpan dalam daftar.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan dokumen pendaftaran baharu yang menunjukkan perubahan dalam nama, alamat atau butir-butir perhubungan lain orang itu jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengeluaran itu adalah perlu untuk mengelakkan salah nyata atau kekeliruan.