Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui wang tunai, kad kredit, kad debit, kad caj, atau pemindahan wang secara elektronik di mana-mana pejabat kesihatan berhampiran.

(2)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.

Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024