Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KEBAJIKAN HAIWAN (NOTIS PENAMBAHBAIKAN) 2020
Seksyen 3
Notis penambahbaikan
(1)
Jika seseorang pegawai kebajikan haiwan itu berpendapat bahawa pemunya atau pemegang lesen itu tidak mematuhi seksyen 24 Akta, pegawai kebajikan haiwan itu boleh menyampaikan kepada pemunya atau pemegang lesen itu suatu notis penambahbaikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual.
(2)
Permohonan bagi melanjutkan tempoh pematuhan yang disebut dalam subseksyen 25(4) Akta boleh dibuat oleh pemunya atau pemegang lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual.
(3)
Bagi melanjutkan tempoh pematuhan yang disebut di bawah subperaturan (2), pegawai kebajikan haiwan boleh menyampaikan suatu notis sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual.
P.U. (A) 57 3
Kaedah penyampaian