Seksyen 5
Pembayaran kompaun
of Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pengkompaunan Kesalahan) 2020
P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—
(a)
secara kiriman wang, cek jurubank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar; atau
(b)
melalui pemindahan wang secara elektronik.
(2)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.