Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN (PINDAAN) 2016

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 [P.U. (A) 95/2009] dipinda dalam peraturan 51—

(a)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Mana-mana orang yang menjual susu mentah untuk dimakan terus oleh manusia hendaklah mengenakan perlakuan haba kepada susu itu—

(a)

dengan mengekalkannya pada suhu yang tidak kurang 100°C sekurang-kurangnya selama tiga minit;

(b)

dengan mengekalkannya pada suhu yang tidak kurang daripada 135°C sekurang-kurangnya selama dua saat;

3

(c)

dengan Kaedah Holding, apabila suhu susu tersebut dinaikkan kepada tidak kurang daripada 63°C dan tidak lebih daripada 65°C dan dikekalkan pada suhu tidak kurang daripada 63°C dan tidak lebih daripada 65°C sekurang-kurangnya selama 30 minit, dan sebaik sahaja selepas itu suhunya diturunkan dengan cepat kepada 4°C atau lebih rendah dan dikekalkan pada suhu tersebut dengan dilindungi dari pencemaran sehingga susu itu dipindahkan daripada premis itu untuk serahan; atau

(d)

dengan Kaedah Suhu Tinggi Masa Singkat, apabila suhu susu tersebut dinaikkan kepada tidak kurang daripada 73°C dan dikekalkan pada suhu itu sekurang-kurangnya selama 15 saat atau hubungan masa dan suhu yang setara dan sebaik sahaja selepas itu suhunya diturunkan kepada 4°C atau lebih rendah dan dikekalkan pada suhu tersebut dengan dilindungi daripada pencemaran sehingga susu itu dipindahkan dari premis itu untuk serahan.”; dan

(b)

dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan “(1)”

perkataan “, (1A)”.

Dibuat 14 April 2016

[KKM-163/S/6; PN(PU2)418/XXIII]

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan

4

FOOD ACT 1983

FOOD HYGIENE (AMENDMENT) REGULATIONS 2016

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN (PINDAAN) 2016