Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Pengguna tenaga hendaklah mengemukakan suatu laporan audit tenaga yang disediakan di bawah seksyen 9 Akta kepada Suruhanjaya melalui cara elektronik—
(a)
dalam masa satu tahun dari notis bertulis di bawah subseksyen 3(3) Akta dikeluarkan kepada pengguna tenaga itu; dan
(b)
pada tahun kelima bagi tiap-tiap lima tahun dari tarikh pengemukaan laporan audit tenaga yang terakhir kepada
Suruhanjaya; atau
(c)
dalam hal keadaan suatu notis pengecualian bertulis dikeluarkan di bawah subseksyen 9(4) Akta, mengikut tempoh yang dinyatakan dalam notis pengecualian bertulis yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya.
(2)
Pengguna tenaga boleh memohon kepada
Suruhanjaya supaya dikecualikan daripada mengemukakan laporan audit tenaga selanjutnya dalam masa tiga bulan pertama pada tahun kelima bagi setiap lima tahun dari tarikh akhir pengemukaan laporan audit tenaga.
9