Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Seksyen 12

(1)

Seseorang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan yang dikeluarkan dengan label intensiti tenaga di bawah perenggan 10(4)(a) Akta, hendaklah memastikan bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu hendaklah tidak rendah daripada penarafan kecekapan tenaga dua bintang.

(2)

Seseorang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan hendaklah mematuhi penarafan kecekapan tenaga yang disebut dalam subperaturan (1) setiap tahun bermula pada tahun kelima dari tahun yang label intensiti tenaga pertama dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024