Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Seksyen 14

(1)

Seseorang pengurus tenaga boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar jenis pertama, jika pengurus tenaga itu—

(a)

memiliki suatu ijazah dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi atau seni bina daripada suatu kolej, institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

11

(b)

memiliki suatu diploma dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi atau seni bina daripada suatu kolej, institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya dan mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja;

(c)

berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]

sebagai—

(i)

seorang Jurutera Siswazah atau Teknologis Kejuruteraan dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(ii)

seorang Pemeriksa Tapak dengan sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja; atau

(iii)

seorang Jurutera Profesional;

(d)

berdaftar di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015

[Akta 768] sebagai—

(i)

seorang Teknologis Berijazah dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(ii)

seorang

Juruteknik

Berkelayakan yang memegang sekurang-kurangnya suatu diploma dengan sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja;

atau

(iii)

seorang Teknologis Profesional; atau 12

(e)

berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117] sebagai—

(i)

seorang Arkitek Siswazah dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(ii)

seorang Pemeriksa Tapak dengan sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja; atau

(iii)

seorang Arkitek Profesional; dan

(f)

menunjukkan pengetahuan mengenai kehendak

Akta dan

Peraturan-Peraturan yang memuaskan hati Suruhanjaya.

(2)

Seseorang pengurus tenaga berdaftar jenis pertama dalam subperaturan (1) boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar jenis kedua, jika pengurus tenaga berdaftar jenis pertama itu—

(a)

telah menjadi seorang pengurus tenaga berdaftar jenis pertama untuk suatu tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan memiliki suatu perakuan amalan yang sah; dan

(b)

menunjukkan pengetahuan mengenai kehendak

Akta dan

Peraturan-Peraturan yang memuaskan hati Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana orang yang memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai pengurus tenaga elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990

[Akta 447] boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar jenis kedua sehingga tarikh habis tempoh perakuan pendaftarannya di bawah

Akta Bekalan Elektrik 1990 dengan menduduki apa-apa penilaian sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

13

Juruaudit tenaga

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024