Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Seksyen 15

Seseorang juruaudit tenaga boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk menjadi juruaudit tenaga berdaftar jika juruaudit tenaga itu—

(a)

memiliki suatu ijazah dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi atau seni bina daripada kolej, institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(b)

memiliki suatu diploma dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi atau seni bina daripada kolej, institusi atau universiti yang diiktiraf oleh

Suruhanjaya dan merupakan pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2) atau (3);

(c)

berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 sebagai—

(i)

seorang Jurutera Siswazah atau Teknologis Kejuruteraan dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(ii)

seorang Pemeriksa Tapak dan merupakan pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2) atau (3);

atau

(iii)

seorang Jurutera Profesional;

(d)

berdaftar di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 sebagai—

(i)

seorang

Teknologis

Berijazah dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

14

(ii)

seorang

Juruteknik

Berkelayakan yang memegang sekurang-kurangnya suatu diploma dan merupakan pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2)

atau (3); atau

(iii)

seorang Teknologis Profesional; atau

(e)

berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 sebagai—

(i)

seorang

Arkitek

Siswazah dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja;

(ii)

seorang Pemeriksa Tapak dan merupakan pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2) atau (3); atau

(iii)

seorang Arkitek Profesional; dan

(f)

mempunyai pengalaman dalam sekurang-kurangnya dua audit tenaga yang diluluskan oleh Suruhanjaya; dan

(g)

menunjukkan pengetahuan mengenai kehendak

Akta dan

Peraturan-Peraturan yang memuaskan hati Suruhanjaya.

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024