Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Seksyen 6

(1)

Walau apa pun subperaturan 4(1), seseorang pengguna tenaga boleh melantik seorang pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2) atau (3) yang bukan daripada kalangan pekerjanya atau pekerja perbadanan berkaitan pengguna tenaga itu, sebagai seorang pengurus tenaga berdaftar, bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen 3(3)

Akta dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengguna tenaga itu.

(2)

Seseorang pengguna tenaga hendaklah memberitahu Suruhanjaya melalui cara elektronik mengenai pelantikan pengurus tenaga berdaftar yang dibuat di bawah subperaturan (1).

(3)

Seseorang pengurus tenaga berdaftar yang dilantik di bawah subperaturan (1) oleh seseorang pengguna tenaga boleh menjalankan fungsi dan kewajipannya kepada tidak melebihi tujuh (7) pengguna tenaga yang lain.

(4)

Sebaik selepas tamat tempoh pelantikan di bawah subperaturan (1), pengguna tenaga itu hendaklah melantik seorang pengurus tenaga berdaftar dalam kalangan pekerjanya mengikut peraturan 4.

Pengosongan jawatan pengurus tenaga berdaftar

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024