Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Seksyen 9

Laporan kecekapan dan konservasi tenaga

Pengguna tenaga hendaklah mengemukakan laporan kecekapan dan konservasi tenaga yang disediakan di bawah subseksyen 7(1)

Akta seperti yang berikut:

(a)

bagi laporan kecekapan dan konservasi tenaga yang pertama, laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu hendaklah dikemukakan kepada

Suruhanjaya melalui cara elektronik dalam masa tiga puluh hari selepas tamat tempoh satu tahun yang dikira dari tarikh pelantikan pengurus tenaga berdaftar di bawah subperaturan 4(1) atau 6(1); dan 8

(b)

bagi laporan kecekapan dan konservasi tenaga selanjutnya, laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu hendaklah dikemukakan kepada

Suruhanjaya melalui cara elektronik pada setiap tahun, dalam masa tiga puluh hari selepas habis tempoh satu tahun yang dikira dari tarikh ulang tahun pelantikan pengurus tenaga berdaftar di bawah subperaturan 4(1)

atau 6(1).

Laporan audit tenaga

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024