Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Apabila tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan telah dibuat dan diterima, pembayaran kompaun tersebut hendaklah dibuat secara –
(a)
kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank atas nama Ketua Pengarah dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”; atau
(b)
kad kredit atau apa-apa pemindahan wang secara elektronik yang lain.
(2)
Pembayaran yang dibuat di bawah perenggan 1(a) hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berbayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam
Borang 1 Jadual.
(3)
Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi setiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang terhadapnya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(4)
Resit rasmi yang dikeluarkan bagi maksud perenggan 1(b) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik yang dikeluarkan.
P.U. (A) 170 4