Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017

Seksyen 4

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu

3

melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, draf bank atau pesanan bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada

Ketua Pengarah.

(2)

Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam Tawaran untuk

Mengkompaun Kesalahan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Pembatalan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017