Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024

Seksyen 12

(1)

Pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan hendaklah merancang, mengurus dan memantau fasa prapembinaan dan menyelaras hal ehwal yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan semasa fasa prapembinaan untuk memastikan, setakat yang boleh dipraktikkan, projek itu dapat dijalankan tanpa apa-apa risiko kepada keselamatan atau kesihatan.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), seorang pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan—

(a)

hendaklah mengambil kira prinsip am pencegahan dan, sekiranya relevan, kandungan mana-mana fasa pelan pembinaan dan mana-mana fail keselamatan dan kesihatan, dan khususnya apabila—

(i)

memutuskan mengenai aspek reka bentuk, teknikal dan organisasi untuk merancang pelbagai butiran atau peringkat kerja yang berlaku secara serentak atau berturut-turut; dan

(ii)

memutuskan mengenai anggaran tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja atau peringkat kerja itu;

P.U. (A) 147 19

(b)

hendaklah mengenal pasti dan menghapuskan atau mengawal, setakat yang boleh dipraktikkan, apa-apa risiko keselamatan atau kesihatan yang dapat dijangka kepada mana-mana orang yang—

(i)

melaksanakan atau berkemungkinan terkesan oleh mana-mana kerja pembinaan;

(ii)

menyenggara atau membersihkan suatu struktur; atau

(iii)

menggunakan suatu struktur yang direka bentuk sebagai tempat kerja selain tapak pembinaan; dan

(c)

hendaklah memastikan semua pereka bentuk kerja pembinaan mematuhi kewajipan mereka sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 11;

(d)

hendaklah memastikan bahawa semua orang yang bekerja semasa fasa prapembinaan bekerjasama dengan klien, pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan dan antara satu sama lain;

(e)

hendaklah membantu klien dalam menyediakan maklumat prapembinaan sebagaimana yang diperlukan di bawah subperaturan 5(1);

(f)

selagi dalam kawalan pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan, hendaklah menyediakan maklumat prapembinaan, dengan segera dan dalam bentuk yang mudah, kepada setiap pereka bentuk kerja pembinaan dan kontraktor kerja pembinaan yang dilantik, atau dipertimbangkan untuk dilantik, bagi projek itu; dan

(g)

hendaklah berhubung dengan kontraktor prinsipal kerja pembinaan bagi tempoh lantikan pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan dan berkongsi dengan kontraktor prinsipal kerja

P.U. (A) 147 20

pembinaan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan perancangan, pengurusan dan pemantauan fasa pembinaan dan penyelarasan hal ehwal keselamatan dan kesihatan semasa fasa pembinaan.

(3)

Mana-mana pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pelan fasa pembinaan

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024