Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Semasa fasa prapembinaan, dan sebelum penyediaan suatu tapak pembinaan, kontraktor prinsipal kerja pembinaan hendaklah merangka suatu pelan fasa pembinaan atau membuat perkiraan bagi membolehkan suatu pelan fasa pembinaan dirangka.
(2)
Pelan fasa pembinaan yang dirujuk di bawah subperaturan (1), hendaklah menyatakan perkiraan keselamatan dan kesihatan dan aturan tapak dengan mengambil kira, sekiranya perlu, aktiviti industri yang berjalan di tapak pembinaan dan, sekiranya berkenaan, hendaklah termasuk langkah-langkah khusus berkenaan dengan kerja yang terkandung dalam satu atau lebih kategori sebagaimana yang dinyatakan dalam