Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Seorang klien hendaklah menyediakan perkiraan yang berikut bagi pengurusan suatu projek:
(a)
peruntukan masa, dana dan sumber lain yang mencukupi;
(b)
kerja pembinaan yang boleh dijalankan, setakat yang boleh dipraktikkan, tanpa apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang terkesan oleh projek itu; dan
(c)
kemudahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
P.U. (A) 147 11
diadakan berkenaan dengan mana-mana orang yang melaksanakan kerja pembinaan itu.
(2)
Seorang klien hendaklah memastikan perkiraan yang dinyatakan di bawah subperaturan (1) disenggara dan dikaji semula sepanjang pelaksanaan projek itu.
(3)
Mana-mana klien yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Maklumat prapembinaan dan pelan fasa pembinaan