Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024

Seksyen 5

(1)

Seorang klien hendaklah menyediakan maklumat prapembinaan secepat yang boleh dipraktikkan kepada tiap-tiap pereka bentuk kerja pembinaan dan kontraktor kerja pembinaan, yang dilantik atau yang sedang dipertimbangkan untuk dilantik, bagi projek itu.

(2)

Seorang klien hendaklah memastikan bahawa—

(a)

sebelum fasa pembinaan bermula, suatu pelan fasa pembinaan sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 13 dirangka oleh kontraktor kerja pembinaan, jika terdapat hanya seorang kontraktor kerja pembinaan, atau oleh kontraktor prinsipal kerja pembinaan; dan

(b)

pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan menyediakan fail keselamatan dan kesihatan bagi projek, yang—

(i)

mematuhi kehendak sebagaimana yang dinyatakan di bawah perenggan 14(1)(a);

(ii)

dikaji semula dengan wajar untuk memasukkan apa-apa maklumat baharu yang relevan; dan

P.U. (A) 147 12

(iii)

disimpan tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang yang mungkin memerlukan fail itu untuk mematuhi apa-apa kehendak undang-undang yang relevan.

(3)

Mana-mana klien yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pematuhan dengan keselamatan dan kesihatan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024