Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024

Seksyen 6

(1)

Seorang klien hendaklah mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa—

(a)

pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan mematuhi apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 12 hingga 14; dan

(b)

kontraktor prinsipal kerja pembinaan mematuhi mana-mana kewajipan lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 13 hingga 16.

(2)

Jika seorang klien melepaskan kepentingannya bagi suatu struktur, klien itu hendaklah disifatkan telah mematuhi kewajipan dalam subperenggan (5)(2)(b)(iii)

dengan menyediakan fail keselamatan dan kesihatan kepada orang yang mengambil alih kepentingan klien dalam struktur itu dan memastikan bahawa orang itu mengetahui sifat dan tujuan fail itu.

(3)

Mana-mana klien yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 147 13

Pelantikan pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan dan kontraktor prinsipal kerja pembinaan 7.

(1)

Sekiranya terdapat lebih daripada seorang kontraktor kerja pembinaan, atau jika boleh dijangka dengan sewajarnya bahawa lebih daripada satu kontraktor kerja pembinaan akan menjalankan suatu projek pada bila-bila masa, klien hendaklah melantik secara bertulis—

(a)

pereka bentuk kerja pembinaan dengan kawalan ke atas fasa prapembinaan sebagai pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan;

dan

(b)

kontraktor kerja pembinaan sebagai kontraktor prinsipal kerja pembinaan.

(2)

Pelantikan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat secepat yang boleh dipraktikkan sebelum fasa pembinaan bermula.

(3)

Sekiranya klien gagal melantik—

(a)

pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan di bawah perenggan (1)(a), klien itu hendaklah disifatkan menjadi pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan dan hendaklah melaksanakan kewajipan sebagai pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 12 dan 13; dan

(b)

kontraktor prinsipal kerja pembinaan di bawah perenggan (1)(b), klien hendaklah melaksanakan kewajipan sebagai kontraktor prinsipal kerja pembinaan sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 13 hingga 16.

(4)

Mana-mana klien yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 147 14

Pemberitahuan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024