Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Sekiranya kerja pembinaan di tapak pembinaan dijadualkan berjalan lebih daripada tiga puluh hari bekerja atau melebihi lima ratus hari orang bekerja, klien hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis dengan secepat yang boleh dipraktikkan sebelum fasa pembinaan bermula.
(2)
Pemberitahuan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi butiran sebagaimana yang dinyatakan di bawah Jadual Ketiga, dan butiran itu hendaklah dipamerkan dengan jelas di tapak pembinaan dalam bentuk yang mudah difahami yang boleh dibaca oleh pekerja yang terlibat dalam kerja pembinaan itu, jika perlu, dan hendaklah dikemas kini secara berkala.
(3)
Mana-mana klien yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud peraturan ini—
(a)
“hari orang bekerja” ertinya mana-mana hari atau sebahagian daripada hari itu apabila seseorang dijangka melaksanakan kerja pembinaan, sama ada dia melaksanakan apa-apa kerja fizikal di tapak pembinaan itu atau tidak;
(b)
“hari bekerja” ertinya mana-mana hari yang kerja pembinaan dijalankan.
Pemakaian bagi klien domestik