Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Sekiranya klien itu merupakan klien domestik, kewajipan yang dikehendaki di bawah peraturan 4, 5, 6 dan 8 hendaklah dijalankan oleh—
(a)
kontraktor kerja pembinaan bagi suatu projek yang hanya ada satu kontraktor kerja pembinaan;
P.U. (A) 147 15
(b)
kontraktor prinsipal kerja pembinaan bagi suatu projek yang terdapat lebih daripada satu kontraktor kerja pembinaan; atau
(c)
pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan yang terdapat suatu perjanjian bertulis bahawa pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan itu akan melaksanakan kewajipan itu.
(2)
Jika klien domestik gagal membuat pelantikan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 7—
(a)
pereka bentuk kerja pembinaan yang mengawal fasa prapembinaan projek akan menjadi pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan itu;
dan
(b)
kontraktor kerja pembinaan yang mengawal fasa pembinaan projek akan menjadi kontraktor prinsipal kerja pembinaan itu.
(3)
Subperaturan 7(3) tidak terpakai bagi klien domestik.