Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“badan pemeriksaan yang diberi kuasa” ertinya mana-mana entiti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;
“beban kerja selamat” ertinya beban maksimum jentera mengangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam verifikasi reka bentuk yang diluluskan di bawah perenggan 4(1)(a);
“bejana tekanan” ertinya bejana tertutup dengan tekanan lebih besar atau kurang daripada tekanan atmosfera;
“dandang stim” ertinya mana-mana bejana tertutup bagi apa-apa maksud yang stim dihasilkan di bawah tekanan yang lebih besar daripada tekanan atmosfera dan
P.U. (A) 99 6
termasuklah mana-mana penjimat haba yang digunakan untuk memanaskan air yang disalurkan kepada bejana dan mana-mana pemanas lampau yang digunakan untuk memanaskan stim dan apa-apa paip dan pepasangan yang disambungkan kepada bejana tertutup itu;
“gantri pelancaran” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan peranti angkat dan struktur sokongan untuk mengangkat rasuk pratuang dan segmen jambatan pratuang dalam kedudukan bagi pemasangan atau terdiri daripada kekuda utama dan peranti angkat yang bergerak secara mendatar sepanjang kekuda semasa mengangkat rasuk pratuang, segmen jambatan atau platform kerja bagi pemasangan;
“jentera mengangkat” ertinya apa-apa kelengkapan untuk mengangkat, menaikkan, mengangkut atau menurunkan beban;
“kelengkapan akses gantung” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan sistem akses yang terdiri daripada satu atau lebih sokongan atas tetap atau sementara, satu atau lebih talian penggantungan, peranti angkat dan platform kerja yang boleh digerakkan secara menegak;
“kelengkapan pengendalian benda” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kelengkapan pacuan kuasa bagi mengendalikan benda, dan termasuklah forklift, konveyor, sistem perolehan storan automatik, pengorek, traktor, pembuang atau jentolak;
“kereta api funikular” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan sistem kejuruteraan untuk mengangkut penumpang atau barang di kawasan cerun menggunakan pembawa atau kenderaan yang bergerak di sepanjang rel dan ditarik dengan tali pada satu hujung bersama-sama dengan apa-apa jentera, kelengkapan atau loji lain yang bersambung dengannya;
“kren” ertinya suatu jentera mengangkat, tidak termasuk takal pengangkat, yang—
P.U. (A) 99 7
(a)
merupakan peranti berkuasa yang dilengkapi dengan cara mekanikal untuk menaikkan atau menurunkan beban terampai dengan cangkuk atau peranti pengendalian beban yang lain yang boleh memposisi semula atau menggerakkan beban terampai secara menegak atau mendatar dengan pergerakan kren atau bum, jib, troli atau mana-mana bahagian kren yang lain; dan
(b)
termasuklah semua bahagian kren termasuk tali dawai, cangkuk atau peranti pengendalian beban, atau peranti lain yang digunakan untuk menggerakkan cangkuk;
“kren bergerak” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kren dengan kelengkapan pacuan kuasa yang dilekapkan pada tapak beroda atau berantai, yang fungsi utamanya adalah untuk menaikkan, menurunkan dan menghayun beban pada pelbagai jejari dengan takal pengangkat yang digantung dari bum kekisi atau teleskopik;
“kren dermaga” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kren yang dipasang di dermaga yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan kontena dan bergerak pada landasan kekal;
“kren kembara atas” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kren dengan galang yang dilengkapi dengan peranti yang menaikkan dan menurunkan beban dan bergerak pada landasan yang kekal;
“kren menara” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kren dengan bum atau jib yang dilekapkan pada menara tegak untuk menaikkan dan menurunkan beban terampai dan pergerakan beban itu dibuat melalui perubahan jejari atau pusingan;
“laluan gerak” ertinya suatu jentera mengangkat untuk mengangkut orang yang permukaan pembawa pengguna itu kekal selari dengan setiap arah gerakan dan tidak terganggu;
P.U. (A) 99 8
“lif” ertinya suatu jentera mengangkat dengan pemacu tarikan, positif atau hidraulik, yang berfungsi pada aras tertentu dan mempunyai pembawa yang bergerak di sepanjang panduan yang tegar dan condong pada sudut lebih daripada 15 darjah ke arah mengufuk, atau di sepanjang laluan tetap walaupun ia tidak bergerak di sepanjang panduan tegar, bagi maksud mengangkut orang sahaja, atau orang dan barang tetapi ia tidak termasuk lif dengan kelajuan terkadar kurang daripada 0.15 meter per saat;
“loji yang menghendaki perakuan kelayakan” ertinya semua loji sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 3;
“pelantar kerja aerial” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan kelengkapan mekanikal yang direka bentuk untuk menaikkan orang bagi maksud kerja di tempat tinggi menggunakan pelantar yang disokong dengan kaedah gunting, tiang atau bum;
“pemunya” ertinya orang yang menerima sewa atau keuntungan dengan memberi pajak mana-mana loji yang menghendaki perakuan kelayakan sama ada atas tanggungan sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain;
“pengangkat” ertinya suatu jentera mengangkat yang merupakan pengangkat penumpang dan pengangkat benda;
“pengangkat benda” ertinya suatu jentera mengangkat yang terdiri daripada kelengkapan pengangkat, pandu dan struktur sokongan yang disambung pada bangunan sama ada kekal atau sementara dan digunakan untuk menaikkan dan menurunkan benda;
“pengangkat penumpang” ertinya suatu jentera mengangkat yang terdiri daripada kelengkapan pengangkat, pandu dan struktur sokongan yang disambung pada bangunan sama ada kekal atau sementara dan digunakan untuk menaikkan dan menurunkan orang atau, orang dan benda;
P.U. (A) 99 9
“pengilang asalan” ertinya pengilang asal mana-mana dandang stim, bejana tekanan atau jentera mengangkat yang diimport;
“pengubahan” ertinya apa-apa pengubahan kepada—
(a)
reka bentuk yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsi mana-mana loji yang menghendaki perakuan kelayakan;
(b)
tekanan kerja selamat bagi dandang stim dan bejana tekanan;
(c)
beban kerja selamat bagi jentera mengangkat; atau
(d)
jarak pergerakan, saiz, kelajuan terkadar atau beban terkadar bagi lif;
“permukaan pemanasan” ertinya, berkenaan dengan dandang stim, jumlah permukaan semua plat dan tiub yang satu permukaannya terdedah kepada haba dan satu bahagian bersentuhan dengan air pada sebelah yang lain, ukuran dikira pada bahagian air atau api, mana-mana yang lebih besar, dan tidak termasuk permukaan pemanasan mana-mana penjimat haba dan pemanas lampau yang disambungkan kepadanya;
“standard yang diiktiraf” ertinya standard sebagaimana yang dinyatakan dalam