Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Jika pengelasan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya menyebabkan penggunaan lebih daripada satu piktogram bahaya pada label, aturan keutamaan yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
berhubung dengan bahaya fizikal—
(i)
jika piktogram bahaya “bom meletup”, “nyalaan” dan
“nyalaan atas bulatan” terpakai, piktogram bahaya “bom meletup” hendaklah digunakan dan penggunaan piktogram bahaya “nyalaan” dan “nyalaan atas bulatan” hendaklah
P.U. (A) 310 16
menjadi pilihan, kecuali dalam hal jika penggunaan lebih daripada satu piktogram bahaya ini diwajibkan; dan
(ii)
jika piktogram bahaya “bom meletup” dan “nyalaan”
terpakai bagi bahan kimia swareaktif jenis B dan peroksida organik jenis B, penggunaan kedua-dua piktogram bahaya itu adalah diwajibkan; dan
(b)
berhubung dengan bahaya kesihatan—
(i)
jika piktogram bahaya “tengkorak dan tulang bersilang” dan
“tanda seru” terpakai, piktogram bahaya “tengkorak dan tulang bersilang” hendaklah digunakan;
(ii)
dalam hal kakisan atau kerengsaan kulit dan kerosakan mata yang serius atau kerengsaan mata, yang baginya piktogram bahaya “kakisan” dan “tanda seru” terpakai, piktogram bahaya “kakisan” hendaklah digunakan; dan
(iii)
dalam hal—
(A)
pemekaan pernafasan dan pemekaan kulit;
(B)
pemekaan pernafasan dan kakisan atau kerengsaan kulit kategori 2;
(C)
pemekaan pernafasan dan kerosakan mata yang serius atau kerengsaan mata kategori 2; atau
(D)
gabungan mana-mana kelas bahaya yang disebut dalam perenggan (A), (B) dan (C),
P.U. (A) 310 17
yang baginya piktogram bahaya “bahaya kesihatan” dan “tanda seru”
terpakai, piktogram
“bahaya kesihatan”
hendaklah digunakan.
(2)
Jika pengelasan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya menyebabkan penggunaan lebih daripada satu pernyataan bahaya pada label, aturan keutamaan yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
jika pernyataan bahaya “Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan” digunakan, pernyataan bahaya
“Sangat toksik kepada hidupan akuatik” tidak boleh digunakan;
dan
(b)
jika pernyataan bahaya “Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk” digunakan, pernyataan bahaya
“Menyebabkan kerosakan mata yang serius” tidak boleh digunakan.
(3)
Seseorang pembekal yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Dimensi label