Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013

Seksyen 14

(1)

Seseorang pengimport atau pengilang, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan inventori bahan kimia berbahaya yang terdiri daripada maklumat mengenai setiap bahan kimia berbahaya yang diimport atau dibekalkan dalam kuantiti sebanyak satu tan metrik dan lebih setahun bagi setiap tahun kalendar.

(2)

Inventori bahan kimia berbahaya bagi setiap tahun kalendar hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada 31 Mac tahun yang berikutnya.

(3)

Inventori bahan kimia berbahaya hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

pengecam produk;

(b)

nama bahan kimia berbahaya;

(c)

komposisi dan ramuan bahan kimia berbahaya;

(d)

pengelasan bahaya; dan

(e)

jumlah kuantiti bagi setiap bahan kimia berbahaya yang diimport atau dibekalkan.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(b) dan (c), nama bahan kimia berbahaya, dan komposisi ramuan bahan kimia berbahaya hendaklah termasuk Nombor Pendaftaran

CAS, jika berkenaan.

P.U. (A) 310 22

(5)

Inventori bahan kimia berbahaya hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan dengan cara yang teratur.

(6)

Seseorang pengimport atau pengilang yang melanggar subperaturan (1),

(2)

, (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013