Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013

Seksyen 15

(1)

Pembekal boleh untuk tidak memasukkan maklumat yang dikehendaki di bawah subperaturan 13(2) atau 14(3) dalam Helaian Data Keselamatan atau inventori bahan kimia berbahaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika maklumat mengenai—

(a)

nama bahan kimia berbahaya; atau

(b)

komposisi dan ramuan bahan kimia berbahaya, merupakan maklumat sulit perniagaan.

(2)

Jika maklumat yang disebut dalam subperaturan (1) tidak dimasukkan, maklumat itu hendaklah digantikan dengan nama generik bahan kimia berbahaya itu atau julat kepekatan yang dibenarkan bagi ramuan bahan kimia berbahaya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 4

Tataamalan Industri.

P.U. (A) 310 23

(3)

Ketua Pengarah, doktor kesihatan pekerjaan, atau seseorang yang menggunakan atau mengendalikan bahan kimia berbahaya boleh meminta secara bertulis daripada pembekal utama bagi penzahiran maklumat yang disebut dalam subperaturan (1).

(4)

Apabila permintaan yang dibuat di bawah subperaturan (3) diterima, pembekal utama hendaklah menzahirkan maklumat itu kepada Ketua Pengarah, doktor kesihatan pekerjaan, atau orang yang menggunakan atau mengendalikan bahan kimia berbahaya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Maklumat yang diperoleh di bawah subperaturan (4) hendaklah digunakan hanya bagi maksud perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja.

(6)

Seseorang yang menggunakan maklumat yang diperoleh di bawah subperaturan (4) bagi maksud selain maksud yang dinyatakan dalam subperaturan (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013