Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pemakaian
(1)
Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja.
(2)
Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai bagi—
(a)
bahan kimia yang merupakan—
(i)
bahan radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304];
(ii)
buangan terjadual sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Peraturan-Peraturan
Kualiti
Alam
Sekeliling
(Buangan Terjadual) 2005 [P.U. (A) 294/2005]; dan
P.U. (A) 310 6
(iii)
kosmetik atau produk sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Peraturan-Peraturan
Kawalan
Dadah dan
Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984];
(b)
bahan kimia yang digunakan bagi penyelidikan dan pembangunan saintifik, atau maksud percubaan yang—
(i)
tidak dijual dalam pasaran;
(ii)
kapasitinya tidak melebihi lima kilogram; dan
(iii)
maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan selamat bahan kimia itu dijadikan tersedia oleh pembekal; dan
(c)
barang yang dikilangkan, selain bendalir atau partikel, yang—
(i)
menjadi suatu rupa bentuk atau reka bentuk spesifik semasa dikilangkan;
(ii)
mempunyai fungsi kegunaan akhir yang bergantung secara sepenuhnya atau sebahagiannya kepada rupa bentuk atau reka bentuknya semasa kegunaan akhir; dan
(iii)
di bawah keadaan kegunaan yang biasa, tidak melepaskan kuantiti signifikan bahan kimia yang menimbulkan bahaya fizikal atau risiko terhadap kesihatan.