Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pembekal utama hendaklah merekodkan pengelasan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya yang dibuat di bawah Peraturan 4 dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan dalam Bahagian 2 Tataamalan Industri.
(2)
Pembekal utama hendaklah menjadikan rekod pengelasan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya di bawah subperaturan (1) tersedia untuk diperiksa oleh pegawai.
(3)
Seseorang pembekal utama yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.