Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013

Seksyen 7

(1)

Pembekal hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap bungkusan bahan kimia berbahaya ditutup pada mulanya dengan pengedap dengan apa-apa cara yang sebaik sahaja bungkusan itu dibuka, pengedap itu akan pecah dan tidak boleh dibaiki.

(2)

Seseorang pembekal yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

P.U. (A) 310 13

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013