Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024
Seksyen 2
(1)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi perkhidmatan keselamatan siber yang berhubungan dengan perkhidmatan pemantauan pusat operasi keselamatan terurus dan perkhidmatan pengujian penembusan.
(2)
Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai jika—
(a)
perkhidmatan keselamatan siber itu diberikan oleh Entiti Kerajaan;
(b)
perkhidmatan keselamatan siber itu diberikan oleh seseorang, selain suatu syarikat, kepada syarikat berkaitannya; atau
(c)
komputer atau sistem komputer yang berkenaan dengannya perkhidmatan keselamatan siber itu diberikan terletak di luar Malaysia.
Tafsiran